Saturday, August 21, 2010

Cikgu: Murid-murid....apa beza satu tolak dua?

Murid pelajar darjah 2 setengah: Tahu, cikgu...jawapan nya -1

Cikgu: Betul....ini yang buat cikgu nak kasi lagi banyak latih tubi, tengok kesannya, anak murid cikgu sume jadi pandai.

Murid pelajar darjah 2 setengah: Bagi lah cikgu, kami sangat suka latih tubi, rasa macam tidak mahu berhenti buat. Rasa nak berlatih dan bertubi-tubi jer cikgu. (dalam hati tengah mengumpat-ngumpat which akan menambah kan pahala cikgu itu)


---------------




To be continued


Alkisah di atas hanya 1% jer berkaitan dengan apa yang aku ingin katakan. Kiranya x de kaitan langsung lh. Wehee....pandai lah tue husna, ape kes nie? Okey-okey. Aku tak main2. Apa beza satu tolak dua, jawapan nya hanya satu jer kan. Satu je jawapan yang betul iaitu -1. 
Tapi, apa beza dulu dan sekarang. Hurmm....mungkin sekarang tengah garu-garu kepala yang tak gatal tue konon-konon dengan cara itu dapat jawapan lah kan. Sama lah jugak dengan aku!


1) Dulu sibuk baca komik KAWAN....sekarang sibuk baca status orang, pastu balas2.
    Aku dulu, suka sangat baca KAWAN. Every month tidak pernah miss. Setiap cerita dalam komik tue buat aku gelak. First story, of course KAWAN. Lepas itu ada cerita pendek. Alar, yang satu page. Then, Dr. Nina. Banyak lh yang best, tapi dah tak igt. Lama kot...bertahun-tahun. Tapi, sekarang susah sikit nak tengok budak2 baca KAWAN. I dunno lah, tpi cam sikit jer. My kazen yang kalau usia tyme tue patot suke KAWAN...they even dunno about that komik. Hurmm...konfius plak. Best kot KAWAN. Tapi...kalau tgk page FB diaorg...fuish, ramai nya friends. Kalah aku! (konpem lah kalah sebab aku nie ahli gelap FB). Then tgk diorg pnye wall, aktif nya. 24 jam ke diaorg update?



2) Dulu main kat luar, sekarang main kat dalam jer
     Nie kes maen game. Computer game. Tanya lah budak lelaki mana yang tak main. Satu dalam sejuta. Oh, maybe 10 juta....tak2 100 juta. hehehe.... Dulu mana ada, dulu selalu main kat luar taw. Main panas2. Main masuk parit lah, main panjat pokok lah, main curi buah lah..(x baek taw!)... Yang pasti main kat luar. Semua permainan tradisional belasah jer main. Ye lah, takkan nak main benda yang sama jer kot. Tapi sekarang....main tembak2 orang. Main belasah2 orang, main langgar2 orang. Ganas betul kan! 18SG..... Tapi sume budak2 18 kebawah main. Apa nie???? Kalau de budak-budak yang lesap lepas balik umah dari sekolah., tidak perlu nak panggil polis untuk cari diorg, tidak perlu risau-risau sebab diaorg ade jer kat cc...main game ramai2. Kalau dulu kena cari dalam parit. Sekarang cari dalam cc. Wah..lain kan.



3)  Dulu ketuk pintu untuk panggil kawan...sekarang semua di hujung jari
     Aku dulu time kecik, kalau nak panggil kawan...kenalah ketuk pintu rumah dia. "Mak cik, alin ade tk? Nak ajak main masak-masak. Kalau diaorg tiba-tiba away dari rumah, rasa kecewa jer. Macam nak baling kasut jauh-jauh geram punya pasal. Tapi sekarang, mesej. Kalau ade, ade lah kalau x de.... x lah penat kan. Membazir bape sen je pun. X effect ape-ape. X penat ape-ape. Spoiler betul budak-budak sekarang.


4) Dulu murid takut cikgu, sekarang rasanya cikgu perlu ambik kursus teakwando ker, silat ker, karate-kid ker.....murid da pandai lawan cikgu, scary nya!
  Try cari kt youtube. Amat banyak sekali video yang memaparkan cikgu di 'buli'. Dan tengok lah komen. Even terang-terang cikgu kena sepak, tapi  stillllll ada pihak yang support dat student. I dunno which one in the right part but then, sesalah mana pun cikgu tu.... kena still hormat. bukan cikgu jer, semua orang yang lebih tua dari kita. SESALAH mana pun nya. Jangan sesekali kurang ajar. Tapi, da terbalik sekarang. Cikgu tegur sikit dah melenting, cikgu pukul sikit...dah panggil masuk court. Hurmm... dulu tak macam tue pun. 


5) Dulu nak kawan pun malu-malu, sekarang kalau tak couple tue...macam x normal
    Okey... I would say dis go to budak-budak.... Kecik-kecik da couple. Dulu aku malu kot. Kawan pun sekadar kawan. No feeling-feeling involve. Pelik kan sekarang. Ayat jiwang-jiwang, awek-awek, pakwe-pakwe....macam dah biasa jer. Aku pulak yang malu!



Orait lah...soo many the difference and I byk focus pasal budak-budak. Tidak semua macam tue. Ada yang baiknya jugak. Development change the way of growth. That's the reality. Beza nya dahulu dan sekarang. Hope to be much better~~~~~



0 comments: